1. Bila pendaftaran boleh dibuat?
15 hb. Oktober, 2020, atau lebih awal (akan dimaklumkan).
2. Bila kelas online akan dimulakan?
29hb. Januari, 2021, atau lebih awal (akan dimaklumkan)
3. Boleh tak kalau nak bayar terus yuran selama setahun sehingga hujung Oktober semasa membuat pendaftaran?
Boleh.
4. Saya takda email, boleh tak saya mendaftar untuk program ni?
Tak boleh. Adik kena buat email sendiri atau pinjam email ibu bapa/ penjaga (kena minta izin mereka dulu).
5. Berapa lama durasi setiap kali kelas dibuat?
Setiap kali kelas bagi 1 matapelajaran, tempoh dianggarkan lebih kurang 1 ½ jam.
6. Kelas bagi setiap matapelajaran akan dibuat berapa kali dalam sebuan?
Bagi setiap matapelajaran, kelas akan dibuat selama 4 kali dalam sebulan. Atau bersamaan dengan sekali seminggu.
7. Saya form 5 bagi sesi 2021. Dulu masa form 4, saya tak serius belajar. Sekarang boleh tak saya join sekali kelas subject tingkatan 4 untuk membuat ulangkaji?
Boleh.
8. Nak kena bayar yuran tambahan tak?
Tidak perlu bayar yuran tambahan.
9. Boleh tak saya nak bayarkan yuran untuk kawan-kawan saya sekali?
Boleh
10. Kawan saya orang miskin, dia memang betul2 tak mampu nak bayar yuran RM1. Macamana dia nak minta pengurangan yuran atau Percuma?
Minta beliau dapatkan surat pengesahan dari pihak sekolah, kemudian whatssup kan kepada kami. InsyaAllah kami bantu.
11. Saya difahamkan, jika pendaftaran pelajar dari sesuatu sekolah mencecah 80 orang, seorang pelajar miskin boleh mendapat bantuan telefon bimbit percuma. Betul ke?
Betul. Tapi pihak sekolah yang akan mengesahkaan bahawa pelajar terabit benar-benar miskin dan layak (mengikut terma dan syarat)
12. Kalau saya rekomen kawan2 yang lain join program ini, boleh dapat komisen tak?
Tiada komisen. Kerana program dah terlalu murah.
13. Apa kelebihan tuition ini dibandingkan dengan tempat lain?
Program ini sangat murah.
Penuh dengan teknik dan formula hebat, memudahkan pelajar faham dan ingat.
Juga dibantu oleh Cikgu sekolah menengah yang sangat berpengalaman dan PENANDA KERTAS PEPERIKSAAN SPM.
14. Kenapa yuran murah sangat?
Yuran bulanan asal ialah RM 30 bagi setiap mata pelajaran. Tetapi setelah dibantu oleh YPC International College, yuran telah dapat dikurangkan menjadi RM1 sahaja.
15. Katakan saya dah bayar yuran untuk 10 bulan. Tiba2 pada bulan Mac saya terpaksa membatalkan penyertaan tuisen ini. Bolehkan saya mendapat pemulangan yuran?
Anda boleh meminta pemulangan yuran untuk bulan April ke atas sahaja.
16. Abang saya berumur 24 tahun, boleh tak dia nak join sekali tuisen ini?
Tak boleh. Tuisen ini hanya untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja.
17. Ada modul khas tak yang digunakan untuk kelas tuisen ini?
Ada (masih dalam proses). Untuk subject :
Perniagaan modul tingkatan 4 = RM3
tingkatan 5 = RM 3
Sains modul tingkatan 4 = RM3.50
tingkatan 5 = RM 3.50
Sejarah modul tingkatan 4 = RM3
tingkatan 5 = RM 3
Kesemua buku akan diposkan kepada pelajar bersama kos pengeposan RM7.50. Kalau nak jimat, guna 1 alamat untuk poskan modul bagi 2 orang. At least kos postage boleh dijimatkan.
Bagi matapelajaran BM, English dan Matematik: Akan gunakan buku teks sekolah.
18. Jika ada pelajar yang nak sertai tuition ini tapi tak mampu nak beli modul, apa yang perlu dibuat?
Beliau boleh gunakan buku teks sahaja. Kerana modul kami memang seiring dengan buku teks cuma modul kami lebih ringkas dan mudah difahami.
19. Apa no akaun bagi membuat bayaran pendaftaran dan yuran:
CIMB Bank Berhad :8002268992 (Iq Works)
BSN : sedang dikemaskini, akan diberitahu
20. Selain dari tuition, pihak IQ Works ada tak buat program motivasi untuk pelajar?
Ada.
21. Jika saya dah menyertai program ini, bagaimanakah cara nak join kelas nanti?
Semasa waktu kelas, semua pelajar akan masuk menggunakan password masing-masing.
22. Jika saya terlepas menyertai kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan, boleh kah saya memohon untuk menonton rakaman kelas tersebut pada waktu lain?
Anda boleh membuat perbincangan dengan pihak kami bagi memohon menonton rakaman kelas tersebut. Pihak Iq Works akan menggunakan budibicara dalam hal ini.
23. Jika saya terlepas menyertai kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan, boleh kah saya memohon untuk menonton rakaman kelas tersebut pada waktu lain?
Anda boleh memohon (request) untuk menonton rakaman kelas tersebut.
24. Berapakah bayaran, sekiranya ada, yang perlu saya bayar untuk memohon menonton semula rakaman kelas yang saya tak sempat nak sertai sebelum ini?
Ye, pelajar perlu membayar sebanyak RM 0.50 atau RM0.25 (bayaran tontonan semula) untuk menonton setiap rakaman kelas sebelum.
25. Kenapa ada yang bayar RM 0.50 dan ada yang bayar RM 0.25?
-Bagi pelajar yang tinggal diasrama:
Bayaran Tontonan semula adalah RM0.25 sahaja bagi setiap rakaman.
Manakala bagi pelajar yang tinggal di rumah atau dimana sahaja yang bukan asrama:
Bayaran Tontonan semula adalah RM0.50 sahaja bagi setiap rakaman.
26. Apakah syarat asas yang perlu ada bagi melayakkan pelajar menonton setiap rakaman sebelum ini?
-Pelajar hendaklah berdaftar dengan tuitionrm1 terlebih dahulu. Pelajar yang tidak berdaftar tidak dibenarkan sama sekali.
-Pelajar hendaklah membayar yuran bulanan yang telah ditetapkan.
27. Saya duduk asrama pada April hingga Mei 2021. Pada April dan Mei tersebut saya tidak membayar yuran bulanan sebab saya tinggal diasrama. Pada penghujung Mei, saya cuti lama seminggu. Bolehkan saya memohon untuk menonton Tontonan semula walaupun saya tidak membayar yuran pada April hingga Mei, 2021?
Tidak boleh, adik hendaklah selesaikan dahulu bayaran bulan April dan Mei dahulu, baru adik layak menonton semula rakaman kelas sebelum ini.
28. Kenapa pelajar yang tinggal asrama hanya perlu bayar RM0.25 sahaja untuk menonton setiap tontonan semula, manakala pelajar lain perlu bayar RM0.50 sahaja?
Pelajar yang tinggal dirumah, membayar yuran dan pada masa yang sama berpeluang untuk menyertai kelas yang ditetapkan.
Manakala pelajar yang duduk diasrama , mereka juga membayar yuran tetapi mereka sukar untuk menyertai kelas, kerana kebanyakkan tidak dibenar membawa telefon bimbit. Itulah sebabnya bayaran yang dikenakan terhadap mereka di kurangkan.
k
29. Saya menyertai tuition rm1 pada bulan Jun 2021, bolehkah saya memohon untuk menonton semula rakaman- rakaman bagi kelas yang dibuat pada Januari hingga Mei, 2021 : sebelum saya menyertai tuitionrm1?
Boleh, Jangan risau.
30. Apakah nombor akaun untuk membayar untuk menyertai program ini?
No akaun akan diberikan nanti.
31. Bolehkah saya membayar banyak (sebagai advance) bagi menonton rakaman tersebut?
Boleh. Semua bayaran terlibat untuk menonton kelas sebelum adalah non refundable deposit.
32. Saya membayar RM3 bagi menonton 6 kelas sebelum ini. Saya baru gunakan untuk 2 kelas. Boleh kah saya memindahkan credit saya lagi 4 kelas tersebut kepada kawan saya?
Tidak boleh.
33. Bolehkah saya gabungkan bayaran yuran bersama-sama dengan bayaran request untuk tontonan semula ini?
Boleh. Tetapi pelajar hendaklah memaklumkan kepada pihak kami serta merta. Supaya pihak dapat asingkan bayaran tersebut dengan segera untuk mengelakkan kekeliruan.
34. Siapakah yang perlu saya hubungi untuk menonton rakaman kelas sebelum ini?
Adik boleh wasap Abang Ariffin 011 11932051