1. Yuran adalah RM 1 (Ringgit Malaysia satu sahaja) sebulan bagi setiap mata pelajaran.
2. Bayaran pendaftaran pula adalah RM 6 bagi bulan Mac dan April untuk setiap pelajar (bayaran pendaftaran tersebut) . Bayaran pendaftaran tersebut tidak boleh dituntut semula oleh pelajar/peserta atas apa alasan sekalipun.
3. Semua pelajar bertanggungjawap sendiri untuk meminta izin ibu bapa atau penjaga untuk menyertai program ini.
4. Sebarang pemberian pengurangan yuran, sekiranya ada, adalah hak budi bicara pihak IQ WORKS.
5. Yuran bulanan hendaklah dibayar sebelum 7 haribulan pada setiap bulan (hari ditentukan).
6. Kegagalan membayar yuran bulanan pada hari ditentukan akan menyebabkan akaun disekat.
7. Akaun akan dibuka semula selepas bayaran yuran dijelaskan.
8. Pelajar/ peserta dibenarkan membayar keseluruhan yuran (untuk setahun - payment in advance) jika mahu.
9. Sebarang permohonan untuk pemulangan yuran, ia hendaklah dibuat oleh pelajar atau ibu bapa pelajar terbabit sahaja. Permohonan oleh pihak lain diangap tidak sah. Yuran yang boleh dipulangkan hanya terhad kepada BULAN yang belum dibuat kelas. Peserta hendaklah menghantar notis secara bertulis dan diemailkan kepada (iqworkout@rocketmail.com)
(Contoh: Nazri telah membayar yuran untuk setahun iaitu untuk Januari hingga November 2021. Pada bulan minggu pertama bulan Mac 2021, Nazri menghantar notis bertulis untuk menamatkan menyertai kelas. Nazri hanya boleh mendapat pengembalian yuran hanya untuk bulan April hingga November 2021 sahaja.
10. Kegagalan, kecuaian atau keengganan peserta mengikuti kelas yang telah dijalankan, atas apa sebab sekalipun, tidak boleh dijadikan alasan untuk menuntut kembali yuran yang telah dibayar.
11. Peserta bertanggungjawap untuk mendapatkan atau mencari tempat atau keadaan untuk mengikuti kelas yang dijalankan.
12. Peserta tidak dibenarkan merakam kelas yang telah dijalankan dan juga tidak dibenarkan memuat turun rakaman kelas ke aplikasi internet seperti Youtube, instagram, facebook dan sebagainya.
13. Pihak IQ WORKS tidak boleh dipersalahkan atau dipertanggungjawapkan sekiranya peserta tidak dapat menyertai kelas kerana gangguan internet, ada kelas tambahan lain, belum mendapat modul/ nota rujukan, masalah keluarga atau sebagainya.
14. Bayaran yuran boleh dibayar secara bank ini ke akaun yang diberikan di dalam website ini. Pembayaran yuran kepada pihak lain selain dari IQ WORKS dianggap tidak sah.
15. Selepas pembayaran dibuat, peserta hendaklah menghantar slip pembayaran (bukti pembayaran tersebut) kepada pihak IQ Works secara whatsapp, kepada no tel yang tertera dalam website ini (detail pada laman utama).
16. Selagi pihak kami tidak menerima bukti pembayaran tersebut, akan dianggap bayaran masih belum dibuat.
17. Jadual kelas akan dipaparkan melalui Website kami iaitu : www.tuitionrm1.com (pada akaun masing-masing).
18. Pihak Iq Works mempunyai budi bicara untuk menukar jadual pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.
19. Sebarang pertanyaan boleh hubungi No telefon atau email yang tertera pada website ini (pada laman utama).
20. Pembayaran yuran bulanan tiada kena mengena dengan top up kredit bagi rakaman. Bayaran yuran bulanan adalah untuk masuk kelas setiap minggu mengikut jadual yang disediakan. Bayaran top up (kredit bagi rakaman) adalah untuk tonton kelas rakaman yang lepas.
21. Bayaran top up kredit bagi menonton rakaman kelas ialah "non-refundable".